Assalamualaikum W.B.T....
Bismillahhirahmannirrahim...In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful..
Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya..
Bila mood nak menaip datang pasti akan terkandas dek kerana sang anak tak mahu tidur...cabaran2...maka tergendala la nak update part 2 ni..dannnnn aku pun tak tau nak mula dari mana...huaaaaaaaaaa
Kesan Bius...
Ni aku rase semua orang akan rase bagi semua yang melalui proses pembedahan..kecuali la yang kene jahit hidup2 tak kan dibius...kali ni kesan bius terhadap aku sangattttttt kuat berbeza dengan waktu minor operation slipped disk dulu...kali ni asal bukak mate je muntah..pening satu macam sampai ke malam...suami, adik ipar dan termasuklah mak mertua merasa cuci muntah aku...terima kasih semua....tempoh hari aunty aku datang rumah di taiping borak2 dengan aku..aunty ade sebut dia bace blog aku yang pasal sakit dada tu..aunty kata baru dia teringat arwah mak aku, kalau bius tu tok 2 jam, badan arwah mama aku hanya tahan sejam je..kirenya seolah2 badan menolak ubat bius..dan aunty kata mungkin aku pun mempunyai masalah yang sama..need to be alert after this..dan aku rase doktor bius, tambah dos bius kot waktu aku pedih dada tempoh hari..sebab tu tahap kelaloqkan aku yang teramat sangat....
Susah Nak jalan dan bangun...
Hari kedua kesan ubat bius dah hilang, segala mak nenek yang dipasang ke badanku pun dah dicabut..so dah leh gi mandi..ermmm mandi??? xla mandi sesangat..just lap2 air manja gitu...tapi yang azabnya nak turun katil..nak jalan ke bilik air...walaupun katil dah turun serendah2nya tapiiiii aku ni yang pendek terasa sakit ya amat2 nak turun..makanya terpaksalah suamiku yang soleh dan penyayang gituw dukung aku ala2 romantik gituw...sile muntah hijau..tak de makne nak romantik time sakit hoi...nak jalan terasa perit yang tak dapat nak digambarkan..kesimpulannya memang payahla nak bergerak.. i uolls naik wheelchair ok waktu discharge..
Sakit bile nak bersin
Ni paling aku takut..takut nak bersin..jenuhla tahan dari bersin..fuhhhhhhhhhh sangat susah..bukan bersin je nak gelak pun cube control macho gituuuuuuuu..
kenapa suami tak masuk ot sedangkan salam membolehkan suami tok masuk..
disebabkan aku ni category emergency caesar..means yang tak dirancang plus waktu tu hari cuti..memang nan boleh lah suami teman...lagipun aku tak akan suruh suami aku teman dalam ot..memang tak payahla..dok jela dia dediam kat luar ot tu...bukan bersalin normal yang perlu nak diteman2..lagipun ni bukan kali pertama aku masuk bilik ot..dan aku tahu aku kuat...kakakaka..
ok anak aku dah bangun..makanya haruslah berhenti menaip...nanti aku kongsikan pengalaman aku menyusukan baby dalam keadaan aku yg pid, baru lepas operation dan pertambahan sakit tulang ekor..cabaran dan bagaimana aku lalui semua itu...
No comments:
Post a Comment