Sunday, 16 November 2014

"Belajar tinggi-tinggi, Berhenti Kerja"

Assalamualaikum W.B.T..

Bismillahhirrahmannirrahim..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya..

"Belajar tinggi-tinggi, berhenti kerja!" Rugi habis duit belajar bertahun - tahun...soalan ini acap kali kite akan dengar bile seseorang nak berhenti kerja dan menjadi surirumahtangga.. sehinggakan membuat orang yang nak berhenti itu dalam dilema..Allah...

Ilmu yang belajar tinggi-tinggi tidak semestinya perlu dengan makan gaji, ataupun mesti bekerja..Ilmu yang ditimba bertahun - tahun masih boleh digunakan dengan mengajar anak - anak pula ataupun membantu suami, ataupun membantu orang sekeliling...

Tiada istilah rugi dalam menuntut ilmu..dalam hidup ini tak akan berhenti disitu sahaja dalam menuntut ilmu..Nabi sendiri menyuruh kite menuntut sehingga ke negeri china..tepuk dada tanya iman... 

Bile seseorang perempuan yang berkahwin tempatnya disisi suaminya.. redha Allah kepadanya adalah dengan redha suami..bile suami redha barulah sang isteri layak memasuki syurga Allah..

Ini semua nikmat dunia yang sementara.. jadi surirumah yang ade ijazah bukanlah hina..malah adalah satu yang luar biasa yang mampu dibuat..gaji dah beribu berhenti kerana nak jaga sendiri anak2..nak uruskan sendiri keluarga kan lebih baik..pengorbanan itu dipandang tinggi oleh Allah inshaallah..



Bukan semua wanita mampu membuat keputusan seperti itu, Hanya insan - insan yang terpilih yang mampu membuat keputusan sedemikian rupe..Nasib setiap orang tidak sama.. Ade yang terpaksa kerja kerana kekurangan wang dalam ekonomi keluarga..dan beruntunglah bagi para isteri yang suami berkemampuan untuk menyara keluarga.. andai ditanya para ibu/isteri diluar sana rata - rata mahu berhenti kerja dan mengurus rumah tangga mereka sendiri..

Doa yang baik - baik bukannya dengan memberi soalan mahupun statement yang mampu mebuatkan seseorang itu down.

No comments:

Post a Comment