Friday, 23 January 2015

Pembukaan 2015

Assalamualaikum W.B.T...

Bismillahhirrahmannirrahim... In the Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.. Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya...


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..Praise to Allah S.W.T for this special gifts husband and new baby inside my tummy... Allahhuakhbar... What a bless day of my life when i knew i'm pregnant!!!! yes "bunting pelamin"...Allah Allah Allah...

Almost the end of my 1st trimester...will  enter my 2nd phase of my trimester...special birthday gift from Allah to me... rase nak menitis air mata kesyukuran yang tidak terhingga...memang setiap tahun ade sahaja impian aku di hari lahir aku... seperti tahun lepas aku mengharapkan aku berkahwin pada tahun itu..Allah siapa sangka jodoh itu datang sekelip mata...dari diri ini single tanpa ade sesiapa tup2 balik umrah dilamar menjadi isteri orang..tanggal 24 mei 2014 aku selamat menjadi tunangan orang secara rasmi...Allah again air mata ni rase nak mengalir... Nikmat Tuhan kamu yang mana lagi yang ingin kamu dustakan...Allah...


6 bulan menjadi tunangan orang, tanggal 28 Nov 2014 aku selamat menjadi isteri kepada Mohd Shahril bin Mohd Sarwana.. berwalikan ayahanda tercinta, dengan sekali lafaz aku bertukar status menjadi Puan Jaslin Syafika... deras air mata mengalir seperti air terjun di sungai..ok over...tapi itu lah hakikatnya..pelbagai perasaan bersarang di lubuk hati ini...gembira, gementar,sedih... aik kenapa sedih? sedih sebab ibu kandung yang tercinta tiada disisi di saat hari bahagia aku...Mama how i wish u were beside me on that time... Allah lebih mengetahui.. Mak long datang sebagai pengganti mama.. mak long peluk aku usai upacara batal wuduk... " Mak long datang ni sebab mak long teringatkan fika, fika tak de mak..fika mesti rindu mak...mak long datang ni sebagai penganti mama." mau aku tak nangis berjujuran...


2 minggu selepas usai walimah dipihakku, aku dan keluarga mertua terbang menunaikan umrah... Allah terima kasih Allah kerana menjemputku dalam setahun dua kali ke rumahMu... Allah Allah...besarnya NikmatMU untukku...kali ni perjalananku bertemankan suami yang tercinta... sebak dada ini bile mengingatkan bahawa Allah memakbulkan doaku yang terakhir di bumi haram... my last word.. "ya Allah 3 kali aku menjadi tetamuMu bermahramkan ayahandaku, aku memohon padaMu izinkan aku untuk menjejakkan kaki ke sini lagi bermahramkan suamiku yang tercinta"... Allah sungguh cepat Engkau memakbulkan doaku... bertapa kubersyukur di atas nikmat yang Kau limpahkan ini....


Sepanjang di Mekah, aku diuji dengan kesihatan yang kurang baik... rupenye ujian ini membawa berita gembira buat aku dan suami... rupanya sewaktu ini aku telah berbadan dua...kuatnya instinct seorang ibu Allah berikan padaku...sebelum aku tawaf untuk umrah, aku pegang perutku dan aku cakap baby mama nak tawaf ni..baby kuatye dalam perut mama... aku tak tahu macam mana boleh terlintas ayat ini sewaktu aku nak tawaf sedangkan aku tak tahu pun diri ini sudah berbadan dua...Alllahhuakhbar...HebatNya kuasaMu Allah...

Moga hubungan yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah... Moga baby yang kukandung ini menjadi mujahid/mujahidah Islam yang berguna untuk agama dan bangsa..menjadi permata mama dan papa yang soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kami suatu hari kelak....

Buat suami tercinta,
terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memilihku menjadi isterimu dan juga bakal menjadi ibu untuk anakmu... terima kasih untuk semuanya abang...

Buat Ayahanda yang tercinta...
Adik tetap sayang abah, tetap rindu abah sama macam sebelum adik kawen..terima kasih abah kerana mengizinkan adik untuk berkahwin...dan menjadi wali untuk adik...tak terbalas jasa abah selama ni untuk adik...

Buat Mama yang tercinta...
Walau kite terpisah jauh di dunia yang berbeze...anakmu tidak pernah melupakanmu...sentiasa ada disetiap doaku buatmu mama....terima kasih mama yang tak terhingga... 

No comments:

Post a Comment