Assalamualaikum W.B.T...
Bismillahhirrahmannirrahim...In the name of Allah, the Most gracious, the most merciful..Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya...
Kujemput Jodohku merupakan sebuah buku hasil tulisan Fadhlan al-ikhwani...
Perjalanan dalam kumencari insan yang bernama jodohku sangat2 menyentuh hatiku..membuatkan aku acap kali menangis di tikar sembahyang..tatkala kumenaip ini berderai air mata kesyukuran mengalir membasahi hatiku...Allahhu..hanya Allah yang maha mengetahui segalanya... kucoretkan disini untuk menjadi bingkisan sejarah untuk diriku dan moga penulisanku ini mampu menjadi pemangkin semangat buat yang masih menantikan jodoh dari Ilahi...
Jodoh itu milik Allah..hanya Allah yang maha mengetahui siapakah jodoh kite..acap kali kubermonolog seorang diri..adakah Allah tidak hadirkan jodoh untukku kerana aku masih jauh dariNya..adakah jika suatu hari nanti bile aku diberikan jodoh aku jauh tersasar dari landasan sunnatullah..dan mungkin jodohku lambat kerana aku masih lagi tidak meletakkan hatiku sepenuhnya untuk Penciptaku..soalan2 ini seringkali berlegar2 di fikiranku sebelum aku bertemu dengan insan yang bernama tunangku...
Sedikit perkongsian buat kalian yang masih menanti jodoh..usah terlalu mengharap..serahkan sepenuh hatimu buat si Dia yang menghidupkan dan menciptakanmu di muka bumi ini..letaklah sepenuh keyakinan bahawa suatu hari nanti Allah akan hadirkan seseorang yang terbaik untukmu dan juga untuk zuriatmu..banyakkan amalan sunat..dekatkan dirimu dengan Penciptamu..tipu aku tidak terlalu mengharap akan hadirnya insan bernama jodoh..tatkala aku terlalu mengharap..Allah langsung tidak memberikan aku jodoh..tetapi tatkala hatiku diserahkan sepenuhnya kepada Penciptaku..Dia menghadirkan insan yang benar2 ikhlas untuk menjadikan aku zaujahnya dan juga bakal ibu untuk zuriatnya...
Tidak perlu perkenalan yang lama..dan benarlah dalam surah yassin Allah ade berkata "KUNFAYAKUN" jadi maka jadilah..inilah kuasa Allah yang membuatkan berderai air mataku menangisi bertapa agungnya kuasa cinta Ar-Rahim.."Fabiaiyiala irrobbikuma tukazziban" Nikmat Tuhan Kamu yang mana lagi ingin kamu dustakan..Allahhuakhbar..Allah Maha Besar...
Kisah lalu dihadamkan pasrah,
Ditelan pahit baik diluah,
Kisah baharu menanti indah,
Diburu tanpa mengenal lelah,
Ternyata Dirimu berseri menanti,
Keyakinan dipupuk doanya pasti,
Kujemput jodohku sebulat hati,
Mengorak langkah demi redha Ilahi...
No comments:
Post a Comment