Monday, 17 November 2014

"Jodoh Setaraf"

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahhirrahmannirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya...

"Anak aku ada degree mana boleh kahwin dengan yang pelajarannya lagi rendah dari anak aku! Tak setaraf!" tambah anak aku perempuan, takkan anak aku yang nak kene sara suaminya nanti bila sudah berkahwin...

Pernahkah kalian mendengar dialog-dialog seperti diatas?? Dialog di atas adalah dialog yang biasa dituturkan oleh ibu dan ayah yang mempunyai anak yang berkekulusan tinggi. tidak semua hanya segelintir yang masih dengan pegangan sedemikian...

Dari sudut negatif kita mungkin fikir, yang ibu dan ayah terlalu memikirkan darjat, pendidikan..Tidak dinafikan mereka-mereka ini takut jikalau anak mereka yang terpaksa bersusah payah banting tenaga untuk menyara keluarga...

Dimana silapnya disini, ibu ayah kadang-kadang terlupa bahawasanya ajal,maut jodoh pertemuan adalah dalam perancangan Allah... dan mereka juga mungkin lupa bahawasanya pendidikan bukan menjamin kebahagian rumah tangga..

Dan dimana silapnya seorang anak... kadang-kadang sang anak tidak cube menggunakan cara halus dalam menambat hati kedua orang tuanya dalam melembutkan hati orang tuanya menerima pilihan hatinya..

Jika akhlak seorang anak dengan kedua orang tuanya tidak dijaga dengan baik, adakah anda fikir yang kedua orang tuamu akan yakin dengan pilihan hatimu..untuk menyakinkan mereka dengan pilihanmu berubahlah ke arah kebaikan yang mana mereka akan lebih yakin untuk melepaskanmu kepada orang lain untuk menjagamu..

Duhai wanita tinggi mana pendidikanmu dari suamimu..syurgamu tetap di atas keredhaan suamimu..Allah tidak pandang tinggi mana pendidikanmu untuk melayakkanmu ke syurga firdausi..tinggi mana pun pendidikanmu taraf suamimu lagi tinggi dari segalanya..

Harta dunia ini semuanya milik Allah..Dia yang meminjamkan kita buat sementara agar kita mengecapi nikmat dunia sebelum mata terpejam selamanya..Ingatlah tiada satu pun didunia ini milik kita yang hakiki..

"High education doesn't mean that you are good in all aspect."Pilihlah yang baik akhlaknya, yang baik agamanya..inshaallah bahagia dunia wal akhirah inshaallah..Hidup tanpa ujian seperti lalang yang melentok dipukul angin...

yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari aku manusia yang masih bertatih dalam mencari syurga Allah..waallahua'lam..Assalamualaikum..

Sunday, 16 November 2014

"Belajar tinggi-tinggi, Berhenti Kerja"

Assalamualaikum W.B.T..

Bismillahhirrahmannirrahim..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya..

"Belajar tinggi-tinggi, berhenti kerja!" Rugi habis duit belajar bertahun - tahun...soalan ini acap kali kite akan dengar bile seseorang nak berhenti kerja dan menjadi surirumahtangga.. sehinggakan membuat orang yang nak berhenti itu dalam dilema..Allah...

Ilmu yang belajar tinggi-tinggi tidak semestinya perlu dengan makan gaji, ataupun mesti bekerja..Ilmu yang ditimba bertahun - tahun masih boleh digunakan dengan mengajar anak - anak pula ataupun membantu suami, ataupun membantu orang sekeliling...

Tiada istilah rugi dalam menuntut ilmu..dalam hidup ini tak akan berhenti disitu sahaja dalam menuntut ilmu..Nabi sendiri menyuruh kite menuntut sehingga ke negeri china..tepuk dada tanya iman... 

Bile seseorang perempuan yang berkahwin tempatnya disisi suaminya.. redha Allah kepadanya adalah dengan redha suami..bile suami redha barulah sang isteri layak memasuki syurga Allah..

Ini semua nikmat dunia yang sementara.. jadi surirumah yang ade ijazah bukanlah hina..malah adalah satu yang luar biasa yang mampu dibuat..gaji dah beribu berhenti kerana nak jaga sendiri anak2..nak uruskan sendiri keluarga kan lebih baik..pengorbanan itu dipandang tinggi oleh Allah inshaallah..



Bukan semua wanita mampu membuat keputusan seperti itu, Hanya insan - insan yang terpilih yang mampu membuat keputusan sedemikian rupe..Nasib setiap orang tidak sama.. Ade yang terpaksa kerja kerana kekurangan wang dalam ekonomi keluarga..dan beruntunglah bagi para isteri yang suami berkemampuan untuk menyara keluarga.. andai ditanya para ibu/isteri diluar sana rata - rata mahu berhenti kerja dan mengurus rumah tangga mereka sendiri..

Doa yang baik - baik bukannya dengan memberi soalan mahupun statement yang mampu mebuatkan seseorang itu down.

Monday, 10 November 2014

Berhenti Kerja

Assalamualaikum w.b.t

bismillahhirrahmannirrahim... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan juga para sahabatnya.

27 oct  2014 aku sekali lagi menghantar surat resign aku.. why so suddern??? due to many factor i need to decide to surrender from working.. 1) if i still choose to work i need to be pasangan PJJ which is so tough for me. 2) slipped disc...even though aku dah amek injection streroid, aku dinasihakan agar berehat, 3) faktor environment kerja...bukan orang2 di office tapi equipment kerja mcm meja dan kerusi tak berapa sesuai dgn aku...since company tu bukan company aku so xkan aku nak request over2 kan. 4) distance i need 1hour n half sometimes nak sampai office belum dicampur dgn waktu balik...


Because terlalu byk faktor yang mendesak, aku amek keputusan untuk berhenti kerja sementara...mungkin kerja di kluang, or mungkin kerja dgn suami aku nnt or maybe xkerja2..it's depends on situation nnt which is aku pun xtau nak ckp...just pray supaya rezeki suami aku nnt dimurahkan...

Mudahnya awak give up? me no, i'm not give up..tp aku lebih mementingkan kesihatan aku..tengah2 menaip ni aku berdoa hari ni adalah 19 nov which is my last day in office..aku xlarat duduk lame..and doktor pun xbagi..paling lama aku boleh duduk sejam... tapi i drive lebih satu jam tok sampai office...so can u imaging that?????

counting days nak berenti lg dasyat dari counting days nak kawen...so u know how struggle i am every day nak gi kerja...

Sunday, 28 September 2014

Biiznillah...

Assalamualaikum W.B.T...

Bismillahhirrahmannirrahim... In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...

Setelah sekian lama aku tidak menulis kerana kesuntukan masa dek urusan duniawi.. rindu bertaut semula untuk kembali menulis.. Dengan izin Allah masa dua minggu ini yang diberikan masa dan kelapangan untuk menulis akan digunakan dengan sebaik mungkin inshaallah...

Biiznillah dengan izin Allah...setiap yang berlaku pada diri kite, pada orang sekeliling kite adalah dengan izin Allah.. kite hidup dibumi yang penuh barakah ini adalah dengan izin Allah ya Rabbul A'lamin.. dapat menghirup udara yang segar juga dengan izin Allah... Jika Allah tidak mengizinkan mana mungkin kite akan mampu bernafas dan menghirup udara segar... let's us say ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH...

Allah, Allah, Allah nikmat mana lagi yang ingin kite dustakan... 

                                                                    



Hidup ini akan indah jika tahu menghargainya...maka hargailah setiap detik yang diberikan pinjaman oleh Allah untuk kite... ingat "Happiness never come to those who fail to appreciate the blessings they already have.Say ALHAMDULILLAH."

Biiznillah dengan izin Allah segala kesulitan itu akan pergi jauh dari hidup kite..hari semalam tidak akan mampu kembali..maka ayuhlah hayunkan kaki melangkah untuk hari keesokannya dengan penuh keazaman dan berbaik sangka dengan Allah S.W.T...

"Tiada yang indah dalam hidup ini melainkan dengan mensyukuri segala nikmat yang diberikan olah Allah S.W.T...



Yang baik itu dari Allah, dan yang kurang itu dari kekurangan diri ini yang masih lagi bertatih untuk menjadi wanita solehah, bidadari di syurga...Wallahua'lam....Assalamualaikum...


Tuesday, 5 August 2014

3 Months 3 Weeks 1 Day

Assalamualaikum W.B.T....

Pejam celik tinggal lagi 3 bulan 3 minggu 1 hari aku bakal menamatkan zaman bujangku…dan bakal bergelar puan jaslin syafika.. dlm omputih mrs. Mohd Shahril…ecece…counting3
Jom sama2 counting..persiapan barang2 hantaran Alhamdulillah dah beli dah..kursus kawen pun dah pergi dah..tinggal hiv test je.dan isi borang….

Makin dekat nak kawen makin menjadi2 rindu pada en. Tunang yang sorang tu.parah2..hentah pape je..doakan semoga semuanya dipermudahkan..aamiin..semoga kami dipermudahkan untuk dapat baby..

Sunday, 6 July 2014

Kujemput Jodohku

Assalamualaikum W.B.T...

Bismillahhirrahmannirrahim...In the name of Allah, the Most gracious, the most merciful..Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya...

Kujemput Jodohku merupakan sebuah buku hasil tulisan Fadhlan al-ikhwani...

Perjalanan dalam kumencari insan yang bernama jodohku sangat2 menyentuh hatiku..membuatkan aku acap kali menangis di tikar sembahyang..tatkala kumenaip ini berderai air mata kesyukuran mengalir membasahi hatiku...Allahhu..hanya Allah yang maha mengetahui segalanya... kucoretkan disini untuk menjadi bingkisan sejarah untuk diriku dan moga penulisanku ini mampu menjadi pemangkin semangat buat yang masih menantikan jodoh dari Ilahi...

Jodoh itu milik Allah..hanya Allah yang maha mengetahui siapakah jodoh kite..acap kali kubermonolog seorang diri..adakah Allah tidak hadirkan jodoh untukku kerana aku masih jauh dariNya..adakah jika suatu hari nanti bile aku diberikan jodoh aku jauh tersasar dari landasan sunnatullah..dan mungkin jodohku lambat kerana aku masih lagi tidak meletakkan hatiku sepenuhnya untuk Penciptaku..soalan2 ini seringkali berlegar2 di fikiranku sebelum aku bertemu dengan insan yang bernama tunangku...

Sedikit perkongsian buat kalian yang masih menanti jodoh..usah terlalu mengharap..serahkan sepenuh hatimu buat si Dia yang menghidupkan dan menciptakanmu di muka bumi ini..letaklah sepenuh keyakinan bahawa suatu hari nanti Allah akan hadirkan seseorang yang terbaik untukmu dan juga untuk zuriatmu..banyakkan amalan sunat..dekatkan dirimu dengan Penciptamu..tipu aku tidak terlalu mengharap akan hadirnya insan bernama jodoh..tatkala aku terlalu mengharap..Allah langsung tidak memberikan aku jodoh..tetapi tatkala hatiku diserahkan sepenuhnya kepada Penciptaku..Dia menghadirkan insan yang benar2 ikhlas untuk menjadikan aku zaujahnya dan juga bakal ibu untuk zuriatnya...

Tidak perlu perkenalan yang lama..dan benarlah dalam surah yassin Allah ade berkata "KUNFAYAKUN" jadi maka jadilah..inilah kuasa Allah yang membuatkan berderai air mataku menangisi bertapa agungnya kuasa cinta Ar-Rahim.."Fabiaiyiala irrobbikuma tukazziban" Nikmat Tuhan Kamu yang mana lagi ingin kamu dustakan..Allahhuakhbar..Allah Maha Besar...


Kisah lalu dihadamkan pasrah,
Ditelan pahit baik diluah,
Kisah baharu menanti indah,
Diburu tanpa mengenal lelah,

Ternyata Dirimu berseri menanti,
Keyakinan dipupuk doanya pasti,
Kujemput jodohku sebulat hati,
Mengorak langkah demi redha Ilahi...


Thursday, 26 June 2014

Slip Disc

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahhirrahmannirrahim.. In the name of Allah, the most gracious, the most merciful. Bingkisan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

Salam Jumaah yang penuh barakah...

Slip Disc... bile aku dapat tahu aku slip disc? hujung tahun tahun lepas.. memandangkan sakit belakang aku menjadi2.. abang hafiz cadangkan suruh aku pergi buat mri.. actually dua tahun yang sebelum tu kes aku ni dah dirujuk ke pakar..memang aku pergi buat fisio semua..tapi dr kate tak de ape2..sebab x-ray tak nampak ape2 cacat pun kat tulang belakang aku..

so maka aku pun pergila buat mri kat shah alam medical center...ibu temankan aku gi buat mri..sebab i ni sangat fobia dengan hospital..banyak betul fobia aku kan..haish..waktu buat prosudur mri mak ai rase mcm duduk dalam liang lahat je..memang muat2 badan aku je.. lepas buat mri dr sahkan aku slip disc..nangis usah dicerita la.. kebanyakan orang yang slip disc berisiko tinggi untuk mengandung dan bahaya..aku nangis..kak ati, kak nadia pujuk aku.. aku suke budak2..kalau tak dapat anak mesti sedih kan.. kak nadia pun slip disc, kak nadia la cakap tengok akak dah ade anak kan..so no worries tak semestinya slip disc tak boleh mengandung dan bersalin normal..

paling aku takut mampukah bakal suami aku terima keadaan kesihatan aku macam ni..mop lantai je sakit, buat keje berat je sakit..bende paling utama aku bagitau tunang aku masalah kesihatan aku..aku tak nak dia rase teranai pulak kawen dengan aku nanti..dan supaya dia boleh bersedia dengan sebarang yang bakal terjadi..alhamdulillah dia terima aku seadanya..dan dia tahu mengenai masalah kesihatan aku.. jangan nak hide kelemahan korang..nanti bakal merosakkan hubungan korang...

dah lama aku tak buat fisio..alhamdulillah slip disc aku dah tak kerap berlaku..jarang2..dulu kat opis lama boleh dikatakan dalam seminggu tiga kali..sakit dia tak dapat nak digambarkan..hanya orang yang melaluinya memahami..kalau aku sakit..aku dah memang tak heran org dah..