Assalamualaikum W.B.T...
Bismillahhirrahmannirrahim..In the name of Allah, the most gracious, the most merciful...
Bingkisan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya...
Ayah(Zainal Abidin) dua dari kiri..ibu(Ommu Salamah Bei) paling kanan sekali
Terpanggil rasa untuk meceritakan mengenai dua insan hebat bagi aku..Ommu Salamah Bei dan Zainal Abidin..pasangan yang biasa2 dilihat dari mata kasar tetapi kematian mereka sangat hebat dan aku berharap aku dapat mati seperti mereka berdua...kedua2 insan ini meninggal di hari Jumaat yang penuh barakah..yang lagi indah di dalam wuduk..Zainal Abidin (ayah panggilan aku untuknya) meninggal pada hari jumaat ketika mengangkat takbir solat jumaat di saf pertama...Allah indahnya bukan...manakala Ommu Salamah Bei (ibu panggilan aku untuknya) meninggal pada pagi jumaat sewaktu keluar dari bilik air mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh...Allah...
Ibu dan ayah merupakan pengasuh aku sejak aku berusia 2 bulan lagi..bila arwah mama dan abah pergi kerja mereka menghantarku kerumah ibu dan ayah untuk dijaga dan akan ambil aku setelah mereka pulang dari kerja...rumah kami tidak jauh pun..kami berjiran buka pintu pagar belakang rumahku adalah rumah pengasuhku yang sangat3 aku kasihi...
Arwah ayah merupakan seorang pesara tentera dan manakala arwah ibu seorang surirumah...latar belakang agama mereka pun biasa2 sahaja...bukanlah seorang ustaz mahupun ustazah dan mereka juga bukanlah bersekolah aliran agama...apa yang menarik tentang mereka...mereka menjaga aku seperti anak kandung mereka sendiri sampaikan ada yang berkata pada arwah ibuku yang dipanggil kak mah.."anak2 kak mah semuanya berjaya..anak yang diasuh pun berjaya"...
Bila cuti sekolah..aku tidak pernah ditinggalkan..mesti dibawa kemana2 sahaja mereka pergi..balik kampung negeri sembilan pun aku ikut..pergi rumah anak2 mereka pun aku ikut..seperti anak sendiri..rumah sedara mara ibu dan ayahku pun aku ikut...pendek kata semua kenal aku dan tahu yang aku ni anak angkat mereka...
Ditakdirkan Allah..umur mamaku tidak panjang..mama pergi menghadap Ilahi ketika aku berusia 7 tahun,..ketika aku yang masih perlukan seorang ibu untuk membesar.Ujian yang sangat3 hebat buat kami sekeluarga..meniti hari tanpa insan yang bergelar mama...pada ibu dan ayahlah tempat aku menumpang kasih..abah pula kerja jauh..pergi pagi petang baru balik..banyak masa aku dihabiskan dirumah ibu dan ayah..sedikit keluhan pun aku tak pernah dengar dari mereka dalam membesarkan aku...
Bila rindu mama pada ibulah tempat aku peluk dan menangis..pada ibulah tempat aku meluahkan semuanya...bila balik dari asrama rumah ibu dan ayahla tempat aku menempek..dengan ibulah aku belajar memasak..jadi seorang perempuan...
3 tahun abah hidup menduda..bermakna 3 tahun kami hidup tanpa insan bergelar mama..bak kata orang tiada seri didalam rumah..bila datang ramadhan..rase syahdu yang tidak terhingga..buka puasa mudah untuk kami dengan beli juadah dipasar ramadhan..tapi bab sahur..tiada mama untuk panaskan lauk..kejutkan kami..disinilah bermula peranan ibu yang tiap2 pagi akan datang kul 5 pagi ketuk pintu rumah kami dan bawak mangkuk tingkat untuk kami bersahur...kalau difikir dek akal ade ke zaman sekarang jiran sanggup buat mcm tu?tak de kan...muliakan dua insan ini.bukan setakat jaga aku..sediakan makan sahur untuk aku, abah dan abang2...
Khidmat masyarakat mereka untuk aku sekeluarga..mereka lakukan ikhlas kerana Allah..apa lagi amalan mereka yang boleh aku kongsikan...arwah ayah tak pernah tinggal solat jemaah di masjid..manakala ibu akan solat di awal waktu..dan selepas solat akan membuat taklim( membaca hadis) dan mengaji..di masa lapang sambil menonton tasbih ditangan berzikir...pada hujung minggu akan pergi taklim(bayan aku lupe term yang digunakan) di rumah2 orang( ni yg org tabligh selalu buat) baca hadis dirumah orang..amalkan sunnah2 Nabi..
Arwah ayah ada gastrik yang sangat teruk..kalau ikutkan tak wajib untuk berpuasa..tapi arwah ayah nekad untuk berpuasa katanya Allah yang beri penyakit pastinya penyembuhnya juga datang dari Allah...Arwah ibu pula seorang isteri yang taat pada suami..bagiku isteri dan ibu yang solehah...ibu akan pastikan semua kelengkapan ayah tersedia termasuk makan minum sebelum ibu pergi kemana2..
Rindunya pada kedua insan ini sehinggakan aku kerap mimpi mereka..dan pastinya setiap kali mereka masuk dalam mimpi dalam keadaan yang sangat bersih dan muke mereka sangat berseri2...muka mereka seolah2 sangat bahagia tinggal disana...tapi mimpi aku tak pernah langsung mereka berkata2 dengan aku..datang senyum dan hilang...
Buat ibu dan ayah...semoga kalian terus bahagia disana..bersama di jannah...terima kasih yang tidak terhingga menjagaku seperti anak kandung kalian sendiri...semoga suatu hari Allah temukan kita di jannah.. al-fatihah buat Zainal Abidin bin hussin dan Ommu Salamah Bei...