Monday, 17 November 2014

"Jodoh Setaraf"

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahhirrahmannirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya...

"Anak aku ada degree mana boleh kahwin dengan yang pelajarannya lagi rendah dari anak aku! Tak setaraf!" tambah anak aku perempuan, takkan anak aku yang nak kene sara suaminya nanti bila sudah berkahwin...

Pernahkah kalian mendengar dialog-dialog seperti diatas?? Dialog di atas adalah dialog yang biasa dituturkan oleh ibu dan ayah yang mempunyai anak yang berkekulusan tinggi. tidak semua hanya segelintir yang masih dengan pegangan sedemikian...

Dari sudut negatif kita mungkin fikir, yang ibu dan ayah terlalu memikirkan darjat, pendidikan..Tidak dinafikan mereka-mereka ini takut jikalau anak mereka yang terpaksa bersusah payah banting tenaga untuk menyara keluarga...

Dimana silapnya disini, ibu ayah kadang-kadang terlupa bahawasanya ajal,maut jodoh pertemuan adalah dalam perancangan Allah... dan mereka juga mungkin lupa bahawasanya pendidikan bukan menjamin kebahagian rumah tangga..

Dan dimana silapnya seorang anak... kadang-kadang sang anak tidak cube menggunakan cara halus dalam menambat hati kedua orang tuanya dalam melembutkan hati orang tuanya menerima pilihan hatinya..

Jika akhlak seorang anak dengan kedua orang tuanya tidak dijaga dengan baik, adakah anda fikir yang kedua orang tuamu akan yakin dengan pilihan hatimu..untuk menyakinkan mereka dengan pilihanmu berubahlah ke arah kebaikan yang mana mereka akan lebih yakin untuk melepaskanmu kepada orang lain untuk menjagamu..

Duhai wanita tinggi mana pendidikanmu dari suamimu..syurgamu tetap di atas keredhaan suamimu..Allah tidak pandang tinggi mana pendidikanmu untuk melayakkanmu ke syurga firdausi..tinggi mana pun pendidikanmu taraf suamimu lagi tinggi dari segalanya..

Harta dunia ini semuanya milik Allah..Dia yang meminjamkan kita buat sementara agar kita mengecapi nikmat dunia sebelum mata terpejam selamanya..Ingatlah tiada satu pun didunia ini milik kita yang hakiki..

"High education doesn't mean that you are good in all aspect."Pilihlah yang baik akhlaknya, yang baik agamanya..inshaallah bahagia dunia wal akhirah inshaallah..Hidup tanpa ujian seperti lalang yang melentok dipukul angin...

yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari aku manusia yang masih bertatih dalam mencari syurga Allah..waallahua'lam..Assalamualaikum..

Sunday, 16 November 2014

"Belajar tinggi-tinggi, Berhenti Kerja"

Assalamualaikum W.B.T..

Bismillahhirrahmannirrahim..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bingkisan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya..

"Belajar tinggi-tinggi, berhenti kerja!" Rugi habis duit belajar bertahun - tahun...soalan ini acap kali kite akan dengar bile seseorang nak berhenti kerja dan menjadi surirumahtangga.. sehinggakan membuat orang yang nak berhenti itu dalam dilema..Allah...

Ilmu yang belajar tinggi-tinggi tidak semestinya perlu dengan makan gaji, ataupun mesti bekerja..Ilmu yang ditimba bertahun - tahun masih boleh digunakan dengan mengajar anak - anak pula ataupun membantu suami, ataupun membantu orang sekeliling...

Tiada istilah rugi dalam menuntut ilmu..dalam hidup ini tak akan berhenti disitu sahaja dalam menuntut ilmu..Nabi sendiri menyuruh kite menuntut sehingga ke negeri china..tepuk dada tanya iman... 

Bile seseorang perempuan yang berkahwin tempatnya disisi suaminya.. redha Allah kepadanya adalah dengan redha suami..bile suami redha barulah sang isteri layak memasuki syurga Allah..

Ini semua nikmat dunia yang sementara.. jadi surirumah yang ade ijazah bukanlah hina..malah adalah satu yang luar biasa yang mampu dibuat..gaji dah beribu berhenti kerana nak jaga sendiri anak2..nak uruskan sendiri keluarga kan lebih baik..pengorbanan itu dipandang tinggi oleh Allah inshaallah..



Bukan semua wanita mampu membuat keputusan seperti itu, Hanya insan - insan yang terpilih yang mampu membuat keputusan sedemikian rupe..Nasib setiap orang tidak sama.. Ade yang terpaksa kerja kerana kekurangan wang dalam ekonomi keluarga..dan beruntunglah bagi para isteri yang suami berkemampuan untuk menyara keluarga.. andai ditanya para ibu/isteri diluar sana rata - rata mahu berhenti kerja dan mengurus rumah tangga mereka sendiri..

Doa yang baik - baik bukannya dengan memberi soalan mahupun statement yang mampu mebuatkan seseorang itu down.

Monday, 10 November 2014

Berhenti Kerja

Assalamualaikum w.b.t

bismillahhirrahmannirrahim... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan juga para sahabatnya.

27 oct  2014 aku sekali lagi menghantar surat resign aku.. why so suddern??? due to many factor i need to decide to surrender from working.. 1) if i still choose to work i need to be pasangan PJJ which is so tough for me. 2) slipped disc...even though aku dah amek injection streroid, aku dinasihakan agar berehat, 3) faktor environment kerja...bukan orang2 di office tapi equipment kerja mcm meja dan kerusi tak berapa sesuai dgn aku...since company tu bukan company aku so xkan aku nak request over2 kan. 4) distance i need 1hour n half sometimes nak sampai office belum dicampur dgn waktu balik...


Because terlalu byk faktor yang mendesak, aku amek keputusan untuk berhenti kerja sementara...mungkin kerja di kluang, or mungkin kerja dgn suami aku nnt or maybe xkerja2..it's depends on situation nnt which is aku pun xtau nak ckp...just pray supaya rezeki suami aku nnt dimurahkan...

Mudahnya awak give up? me no, i'm not give up..tp aku lebih mementingkan kesihatan aku..tengah2 menaip ni aku berdoa hari ni adalah 19 nov which is my last day in office..aku xlarat duduk lame..and doktor pun xbagi..paling lama aku boleh duduk sejam... tapi i drive lebih satu jam tok sampai office...so can u imaging that?????

counting days nak berenti lg dasyat dari counting days nak kawen...so u know how struggle i am every day nak gi kerja...